Seminggu saja lagi kembali ke hostel
tapi seminggu 'lebih' sikit untuk bertemu dia
rasa dalam hati sudah tidak sabar
memang rindu dia yang teramat sangat
yalah,dialah satu-satunya di hati
walaupun kami berperang boleh kata setiap hari
namun dalam hati,dia tetap nombor satu
sekarang ni masih di penang
bercuti bersama keluarga
baru baik dari demam teruk
sebabnya?
rahsia kami berdua
mungkin ada hikmah perkara itu terjadi sehingga aku demam teruk
kini kami sudah kembali perlahan-lahan seperti biasa
sudah kurang bergaduh
namun hati masih ada perasaan terluka
semua aku simpankan saja
yang penting,segala-galanya adalah dia
tiada orang lain yang aku mahu melainkan dia
nanti akan tulis lagi dalam penulisan terakhir sebelum pulang ke hostel
mungkin ahad akan tulis entri baru jika ada kesempatan dan idea
entri ini pun disebabkan terlalu rindukan tuan puteri kesayangan hati
Tuesday, December 22, 2009
Dunno
Nukilan oleh Mohd Zulhilmi pada jam 02:10 0 comments
Thursday, December 17, 2009
Tahniah Malaysia
akhirnya Malaysia berjaya memenangi pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA
walaupun pengadil kayu
penjaga gol vietnam yang bajet gagah
yang penting semangat dan daya juang yang tinggi berjaya memberi kemenangan kepada Malaysia
Tahniah Malaysia!
Nukilan oleh Mohd Zulhilmi pada jam 20:25 0 comments
Labels: bola sepak
Thursday, December 10, 2009
Untuk Kamu
kamu kena tabah
kamu tahu kamu ada ramai orang di sisi kamu
jangan kerana seorang jalang kamu terus begini
sabar
sabar itu separuh daripada iman
kalau kamu terus layankan jalang itu,kamu juga yang terus menderita begini
biarkan dia dengan tohmahan bodoh dia itu
kamu tahu diri kamu
orang di sekeliling kamu juga tahu diri kamu
kamu tak perlu takut
kamu tak perlu sedih
jangan bazirkan air mata kepada jalang yang tak guna
kamu masih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan daripada memikirkan tentang jalang ini
kamu jangan risau
saya sentiasa di samping kamu
saya sentiasa sayang kamu
sebab kamu antara orang paling penting dalam hidup saya
saya percaya kamu tabah
ingat..
Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar
jadi,jangan bersedih lagi
jangan terus menangis lagi
jangan terus tertekan begini
kamu masih ada saya yang sentiasa di samping kamu...
Nukilan oleh Mohd Zulhilmi pada jam 00:34 0 comments
Monday, December 07, 2009
Nota Cinta #3
cinta perlukan pengorbanan
cinta itu ada satu kuasa yang sangat hebat
tapi cinta itu hanya menjadi indah jika kedua-dua pihak saling cinta mencintai
saling sanggup berkorban antara satu sama lain
bukan hanya satu pihak yang sanggup berkorban
subjektif bagi perkataan berkorban dalam percintaan
cuma perlu pandai menjaga diri
untuk mencapai cinta yang hakiki sehingga ke syurga
perlu ada sabar dan toleransi di antara kedua belah pihak
bukan hanya sebelah pihak yang berusaha untuk mempertahankan hubungan
Nukilan oleh Mohd Zulhilmi pada jam 22:53 0 comments
Labels: cinta
Nota Cinta #2
Allah menciptakan lelaki dan perempuan berbeza
Allah ciptakan manusia berpasangan kerana perbezaan itu
untuk mencari kesempurnaan hidup maka diciptakan lelaki dan perempuan
kita bukan mencari persamaan pada pasangan kita
kita bukan mencari perbezaan pada pasangan kita
tapi kita mencari kesempurnaan yang kita dapat kecapi bersama dengan pasangan kita
Nukilan oleh Mohd Zulhilmi pada jam 19:59 0 comments
Labels: cinta
Thursday, December 03, 2009
Nota Cinta
cinta bukan melibatkan satu perasaan,tetapi dua perasaan yang berbeza
jadi cinta adalah satu perkara yang aneh
menjadikan dua perasaan yang berbeza menjadi satu
itu adalah antara keajaiban yang Allah berikan kepada manusia
jadi berusahalah untuk menikmati cinta,memahami cinta,menjaga cinta
kerana cinta adalah perasaan yang lahir dan datang daripada Allah
berusaha setiap hari sepertimana kita berusaha untuk mendapatkan cinta tersebut
semakin hari semakin hebat kita berusaha
kerana bukan mudah untuk menjaga cinta
jadi cinta adalah satu perkara yang agung dan hebat!
Nukilan oleh Mohd Zulhilmi pada jam 01:27 0 comments
Labels: cinta
Sunday, November 01, 2009
Selamat Tinggal 22..Selamat Datang 23
rasa sedih apabila 22 meninggalkan diri
rasa sedih apabila 23 datang
akan menemani selama setahun,sehingga ke detik ini pada tahun hadapan
23 mungkin akan menjadi lebih menarik
pengalaman mematangkan manusia
semoga 23 ini akan semakin mematangkan aku
semoga 23 ini akan semakin menyempurnakan kehidupan aku
semoga 23 ini akan semakin menyerikan hubungan kami berdua
semoga 23 ini akan menjauhkan aku dengan rokok
semoga 23 ini akan menjadikan aku semakin berjaya
semoga 23 ini akan memurahkan rezeki aku
selamat datang 23
selamat tinggal 22
Nukilan oleh Mohd Zulhilmi pada jam 00:48 2 comments

